Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Indonesia di Jawa Barat pada Isnin dan gegaran kuat dirasai di Jakarta hingga mencetuskan panik, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Gempa berlaku pada 13.21 waktu tempatan (0621 GMT) dengan pusat gempa terletak 10 kilometer (km) dari barat daya daerah Cianjur di wilayah Jawa Barat dengan kedalaman 10 km, menurut agensi itu.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak mencetuskan tsunami.

Baca artikel : Penduduk Kunak rasai gegaran gempa bumi lemah

Gegaran kuat yang dirasai di Jakarta menyebabkan penduduk bergegas keluar dari rumah dan bangunan.

Tinjauan Geologi AS memaklumkan gempa bumi dengan pusat gempa ditentukan pada 6.8398 darjah selatan dan 107.1073 darjah timur.

— BERNAMA

Monday , 21 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram