Untuk mengurangkan berat badan secara sihat, tidak perlu lagi amalkan sebarang jamu atau ubat kurus. Apa yang penting ilmu dan disiplin dan menjaga pemakanan. Dan proses ini selalunya mengambil masa dan perjalanan yang panjang, bukannya berlaku dalam sekelip mata.

Apa-apa pun, untuk kurus kita mesti enjoy dengan cara pengambilan makanan seharian agar wajah tidak tampak pucat dan tubuh cepat keletihan.

Hurun’lin Malik menerusi laman Facebook miliknya berkongsi lebih 60 menu Diet Suku Suku Separuh (DSSS) terliur yang boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin menurunkan berat badan. Menurutnya, amalan pemakanan sihat ini dapat menghilangkan lebih 10 kilogram dalam masa dua bulan.

“Nak ambil balik semangat diet, ni lah menu2 yg saya buat dapat berjaya turun lebih dari 10kg dalam masa 2 bulan termasuk inch lost.

Sekarang dah tenggelam ke laut dalam berat pun naik balik. Sayang nye rasa, saya tekad nak start balik.

Dulu 83kg ke 71kg. Sekarang dah naik 75kg. Adui kalau saya leka lagi mesti akan naik cecah angka 80, tak sanggup nak balik ke berat dulu.

Mana la datang kerajinan ni dulu pelbagai menu saya buat untuk bagi tak jemu dan actually kenyang je makan.

Untuk motivasi diri saya rasa apa pun bergantung pada pemilihan makan kita ada menu yang sihat ada yang tak sihat jadi mana yang kita capai dulu untuk penuhkan perut, objektif nya sama je padahal dua2 pun boleh mengenyangkan tapi kalau pilih yang tak sihat akan dapat pakej gemuk sekali.hehe..saja pesanan ikhlas untuk diri sendiri juga.”

Kredit : Hurun’Iin Malik