SEORANG pemuda ditemukan mati lemas selepas tersepit di celah batu di dalam sungai di Kampung Sungai Semungkis, Hulu Langat, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.14 pagi.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba 26 minit kemudian dan mendapati mangsa Hussain Hakimi Ridzuan, 22 tahun lemas akibat arus sungai deras.

“Mangsa yang tersepit di celah batu sungai ditemui dan dibawa naik ke darat oleh pasukan bomba pada pukul 1.21 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Remaja lelaki lemas dibawa arus deras ketika seberang sungai

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram