Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERIKATAN Nasional (PN) memberitahu sudah menghantar Surat Akuan Berkanun bagi membolehkan Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi Perdana Menteri.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah surat akuan yang dihantar melebihi nilai majoriti iaitu 112 bagi membolehkan penbentukan sebuah kerajaan di negara ini.

“Parti Perikatan Nasional telah mengemukan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Baca artikel lain: Sah! PH, BN bentuk kerajaan negeri Perak, Shaarani angkat sumpah MB petang ini

“Jumlah surat akuan yang dihantar adalah melebihi 112 iaitu jumlah kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengakui bahawa PN sudah memiliki cukup sokongan bagi membentuk kerajaan gabungan.

“Kami dah cukup. Kami dah hantar. Tunggu untuk diundang,” katanya ringkas menerusi ciapan di laman Twitter.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram