Tular sepotong video berdurasi satu minit tujuh saat di laman Twitter memaparkan seorang suami memukul isteri dan perbuatan kejam itu ditonton oleh anak kecil dan orang gajinya. Warganet mengecam hebat tindakan lelaki yang digelar dayus itu kerana sanggup memukul isteri yang seharusnya dilindungi.

Isu ini turut mendapat perhatian doktor pediatrik, Dr Redza Zainol yang menyatakan kesedihan dan menasihati golongan lelaki yang bergelar suami agar tahu tanggungjawab dan bersikap belas terhadap isteri.

Malah tegasnya, andai hati wanita telah tawar, apa yang diinginkan hanyalah memulakan hidup baharu bersama anak-anak. Tidak akan ada secebis kasih sayang yang tinggal dalam hubungan rumahtangga.

Ikuti perkongsiannya.

“Sedih tengok video wanita diperlaku tanpa belas kasihan.

Kredit : Dr Redza Zainol