Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan melihat sentimen dan retorik perkauman yang terus diapikan oleh segelintir pihak.

Anwar dalam kenyataan berkata, sentimen dan retorik perkauman itu diapikan pihak yang terdesak dan berkepentingan terutama di saat penting seperti sekarang.

Menurut beliau, usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan.

Anwar menegaskan, ini kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia serta rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Baca artikel berkaitan: Peliharalah ketenteraman awam, kata Hadi Awang

“Saya amat mengalu-alukan kenyataan tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam menghentikan perkembangan yang mampu menggugat kemajmukan Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Semalam, Acryl Sani dalam kenyataan mengingatkan pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan platform untuk menyebarkan kandungan menghasut yang boleh membawa kepada keresahan orang ramai.

Sejak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diumumkan, Acryl Sani berkata, polis mengesan pelbagai bentuk kandungan yang menyentuh sentimen perkauman dan agama serta menghina institusi diraja melalui media sosial.

Beliau turut menegaskan bahawa tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan sebarang situasi mengancam keselamatan dan mengganggu ketenteraman awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram