Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) hadir ke Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato' Onn.

TEKA-TEKI berhubung keputusan Mesyuarat Tertinggi Barisan Nasional (BN) akhirnya terjawab dengan gabungan parti itu akan kekal sebagai pembangkang.

Perkara itu dimaklumkan secara terbuka oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Menurut Ismail Sabri, BN telah membuat keputusan untuk tidak memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong PH mahupun PN. Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya.

Baca lagi: Ismail Sabri tidak setuju gabungan BN-PH, juga sedia dipecat?

Semalam, Ismail Sabri difahamkan tidak bersetuju dengan gabungan BN dengan PH yang sedang diusahakan kepimpinan parti itu dan sedia dipecat atas pendiriannya itu.

Menurut sumber, Ismail Sabri mendedahkan perkara itu dalam kumpulan WhatsApp yang dianggotai oleh Ketua-Ketua Bahagian UMNO.

“Saya sedia dipecat. Tidak akan bersama PH,” tulis Perdana Menteri dalam satu kumpulan WhatsApp Ketua Bahagian UMNO.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram