PIMPINAN utama gabungan parti dalam Barisan Nasional (BN) sudah memulakan Mesyuarat Dewan Tertinggi di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) pagi tadi.

Antara pemimpin kelihatan hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Ahmad Zahid itu difahamkan bagi memuktamadkan kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Baca lagi: Muhyiddin akan kemuka SD Ahli Parlimen sokong beliau hari ini

Antara fokus utama mesyuarat tersebut adalah untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyatakan sokongan kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Sejak pagi tadi, beberapa pimpinan tertinggi BN dilihat mula memasuki menara Dato’ Onn untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram