DEMI ingin mempertahankan hak wanita, pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan keinginan untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 akan datang.

“Lagi lima tahun nak bertanding jugalah. Tapi nak bertanding untuk mepertahankan hak wanita sebab isu tersebut tak kuat di Malaysia.

“Kena ada orang yang lantang untuk bersuara bagi pihak mangsa,” tulisnya di Instagram Story.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kisah Syamsul nak kahwin lagi, biarlah….Saya tak kuasa ambil kisah…,” – Puteri Sarah Liyana, Keluarga Puteri Sarah masih diganggu -“Memang tak tenang ya tengok dah berbaik…tolong jaga maruah, pergi berubat…”, Puteri Sarah sahkan Ira Kazar dipanggil JAWI, tak kisah tunggu lama asal ada perkembangan kes

Sebagai membuktikan dia serius dalam hal tersebut, Sarah yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof kini dalam perancangan untuk mendimba dunia politik dan undang-undang.

“Buat masa sekarang, saya kena belajar mengenai poltik dan undang-undang. Politik yang merangkumi ekonomi, kesihatan dan sebagainya.

“Memiliki diploma atau ijazah dalam bidang politik juga bagus. Saya akan mula untuk melihat dari pelbagai ruang dan sudut,” ujarnya.