PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyatakan parti itu sudah bersedia untuk memainkan peranan semak dan imbang sebagai pembangkang.

Kenyataan Ka Siong sekaligus memperlihatkan keputusan Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) adalah semua pihak menolak untuk bergabung sama ada dengan Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Menurut Ka Siong, MCA menghormati dan menerima hakikat BN telah ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mengikut sistem Demokrasi Parlimen Berpelembagaan.

Dalam situasi yang tidak mendapat mandat rakyat dan tidak mampu membentuk kerajaan, MCA telah bersedia memainkan peranan sebagai pembangkang demi semak dan imbang dalam kerajaan yang akan dibentuk kelak.

“Asas penubuhan MCA adalah untuk membela nasib rakyat tidak kira sebagai kerajaan atau pembangkang dan ini tidak sedikitpun membantukan peranan MCA.

“Kami berterima kasih kepada penyokong dan kekalahan ini akan dijadikan pedoman untuk parti,” katanya dalam sidang media tadi.

Baca lagi: (TIDAK RASMI) Wee Ka Siong berjaya pertahan Parlimen Ayer Hitam