Resipi gulai ikan daging berkentang ini memang sedap. Enak dimakan bersama nasi atau roti. Tidak menggunakan banyak bahan, resipi ini juga mudah disediakan. Jom cuba! 

BAHAN-BAHAN
500 gm daging lembu
1 labu bawang besar kuning | potong dadu
10 ulas bawang putih | potong dadu
2 biji buah tomato | kisar
5 biji kentang | potong dua
Sedikit minyak zaitun
Garam dan gula secukupnya

BAHAN HIASAN
1 biji cili benggala hijau
1 biji cili benggala merah

CARA MENYEDIAKAN
1.Rebus daging lembu hingga empuk. Air rebusan daging jangan dibuang. Ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan bawang kuning menggunakan minyak zaitun sehingga naik bau.
3.Kemudian masukkan air rebusan daging tadi, kentang, daging serta tomato yang telah dikisar. Kacau seketika.
4.Masukkan pula, gula dan garam ikut rasa. Bila daging sudah empuk bolehlah dihiaskan cili benggala di atasnya.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram