Bendera Barisan Nasional berkibaran sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

MESYUARAT Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tiada mana-mana Ahli Parlimennya yang telah memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, pemakluman mengenai perkara tersebut telah dibuat kepada Yang diPertuan Agong.

Selain itu, katanya, Dewan Tertinggi BN juga telah mengambil pendirian untuk berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkenaan berhubung soal pembentukan kerajaan.

“Dewan Tertinggi telah mengambil pendirian terbuka untuk berbincang dengan pihak-pihak berkepentingan yang berkenaan berhubung soal pembentukan kerajaan.

“Sehubungan itu, BN meminta semua pihak berkaitan agar bertenang ketika mendepani situasi politik negara.

“Dengan pendirian dan keputusan yang dicapai, kedudukan BN adalah kekal seperti sekarang,” katannya dalam kenyataan hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram