BARISAN Nasional (BN) akan memohon kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menangguhkan sesi menghadap yang dijadualkan esok.

“Bukan amalan kita bercerita pada khalayak. Sama ada (nak) mohon penangguhan (menghadap) atau tidak, anda akan tahu esok,” kata Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M.Saravanan yang mengesahkan perkara itu berkata BN masih mengekalkan keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“Kita harap (sesi menghadap esok) boleh ditangguhkan…tak tahu boleh ke tidak. Kita bukan nak tubuh kerajaan, tapi nak nyatakan pendirian sahaja (ketika menghadap),” katanya.

Al-Sultan Abdullah hari ini menitahkan 30 Ahli Parlimen BN  menghadap Seri Paduka di Istana Negara secara individu pada jam 10.30 pagi esok.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram