Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memuat naik gambar bersama Pengerusi Barisan Nasional Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini.

PERIKATAN Nasional (PN) memberi bayangan ia akan membentuk kerajaan gabungan bersama Barisan Nasional (BN) di negeri Pahang.

Perkara itu berdasarkan kepada hantaran di laman Facebook, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.

“Doakan kebaikan untuk Pahang. Insya-Allah,” kata Tuan Ibrahim yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sabtu lalu.

Baca artikel lain: BN mohon tangguh menghadap Agong – Hishammuddin

Turut kelihatan dalam gambar yang dimuat naik adalah Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta beberapa individu lain.

Terdahulu, Tuan Ibrahim dilantik oleh kepimpinan tertinggi PN untuk mengetuai rundingan berhubung pembentukan kerajaan Pahang bersama BN.

Pada PRU-15, PN memperoleh 17 kerusi DUN dan diikuti BN dengan 16 kerusi, sementara Pakatan Harapan (PH) hanya mampu meraih lapan kerusi sahaja.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram