Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani GAMBAR: Abd Razak Aid

MASYARAKAT awam dinasihatkan untuk tidak bimbang dan menyebarkan pelbagai spekulasi liar berhubung sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tujuan SJR itu dilakukan adalah untuk memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

Jelas beliau, SJR itu juga tidak dilakukan pada waktu kemuncak atau waktu siang bagi memastikan keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas.

“Bermula 22 November sehingga satu masa ditetapkan, PDRM akan melancarkan SJR di lokasi strategik di setiap daerah, di seluruh negara secara penugasan 24 jam.

“Langkah mendirikan SJR adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi: Ketua Polis Negara tinjau pusat mengundi di ibu kota

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata, orang ramai diminta memberi kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak.

Katanya, masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram