BENCANA alam banjir yang berlaku di Pakistan pada tiga bulan lepas merupakan salah satu situasi yang terburuk dalam sejarah Pakistan. Lebih menyayat hati, kejadian ini telah menenggelamkan satu pertiga wilayah Pakistan dan mengakibatkan lebih 1,500 orang meninggal dunia dan jutaan rakyat Pakistan terkesan dengan ujian ini.

Masih banyak bantuan kemanusiaan yang diperlukan oleh penduduk di sana terutamanya mereka yang terkesan dengan bencana banjir tersebut.

Malaysian Relief Agency (MRA) telah bertindak dengan menghantar pasukan bantuan kemanusiaan ke Pakistan untuk melaksanakan program perubatan di samping agihan bantuan lain kepada penduduk di sana.

Selain itu, tujuan tim bantuan kemanusiaan MRA ke Pakistan adalah bagi melawat serta memantau beberapa projek MRA yang telah dilaksanakan di beberapa daerah di Pakistan sejak 10 tahun lalu seperti projek WASH, pendidikan dan pembangunan komuniti terutama di daerah Peshawar dan Charsadda, Khyber Pakhtunkhwa.

“Pasukan MRA terdiri daripada dua orang doktor perubatan, dua orang jururawat serta dua sukarelawan umum bagi menjalankan misi-misi kemanusiaan di sana. Fokus utama bantuan yang bakal digerakkan adalah bantuan perubatan di lapan buah kem penempatan sementara di daerah Khairpur, Larkana dan Mehar, wilayah Sindh yang diketuai oleh Dr Zafri Ismadi Mohd Anis, Pengarah Perubatan MRA serta beberapa agihan bantuan yang lain,” kata Dr. Mohd Daud Sulaiman selaku Presiden Malaysian Relief Agency (MRA).

MRA turut menyalurkan nilai bantuan sekitar RM150,000 ribu dan beberapa bantuan asas yang lain seperti 800 buah bakul makanan asas, 20 unit khemah penempatan sementara, 24 unit penapis air serta, 200 helai pakaian termasuk kerja-kerja membaik pulih 10 buah telaga dan sistem pengairan yang terjejas untuk kegunaan penduduk di sana.

BERITA BERKAITAN MRA lancar Tabung Bantuan Banjir Pakistan, salurkan RM50,000 bantuan kecemasan awal

Pada masa ini, MRA mempunyai jaringan dan komuniti pantas bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada rakan strategi lapangan MRA di Pakistan seperti Al-Khidmat Foundation dan beberapa pertubuhan lain yang turut menghulurkan sumbangan dana seperti Yayasan Yara.

Semoga usaha MRA ini dapat membuka lebih banyak mata serta kesedaran kemanusiaan yang sewajarnya kepada mereka yang memerlukan.

Justeru, kami mengalu-alukan sumbangan untuk ‘Tabung Bantuan Banjir Pakistan” bagi membantu rakyat yang masih terjejas akibat bajir buruk tersebut. Sumbangan rakyat Malaysia boleh dibuat menerusi akaun Maybank Malaysian Relief Agency Berhad (acc no: 5640 9820 8020) atau layari laman rasmi Malaysian Relief Agency www.mra.my dan facebook untuk maklumat lebih lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai program yang dijalankan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), hubungi 03-9174 4672 atau layari laman web rasmi MRA di www.mra.my dan ikuti perkembangan terkini MRA melalui media sosial MRA di Facebook , Instagram, Twitter dan Youtube.

“Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain”

DR MOHD DAUD BIN SULAIMAN PRESIDEN,
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA)

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram