SEORANG penyanyi lelaki yang popular dengan genre pop sekali lagi menjadi sebutan selepas video yang memaparkan dirinya sedang mencium seorang wanita di sebuah kelab malam tersebar.

Menerusi video berdurasi tujuh saat, penyanyi berusia 22 tahun itu dilihat sedang asyik mencium pipi dan leher wanita yang berpakaian sesksi sehingga menampakkan lurah dada.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tak ada masa nak buat seks rambang…” – Ibu penyanyi Ismail Izzani jawab tuduhan hamilkan seorang wanita, nafi dah nikah

Difahamkan, video terbabit dimuat naik di akaun TikTok beberapa hari lalu seperti yang dilaporkan portal Boom.

Ini bukanlah kali pertama penyanyi remaja tersebut terkait dengan isu panas di kelab hiburan kerana sekitar empat tahun lalu, tular beberapa keping foto dirinya sedang memeluk pelakon senior di kelab malam.

Malahan, sebelum ini juga, timbul khabar angin mengatakan penyanyi itu sudah bernikah dengan seorang wanita akibat terlanjur.

Walau bagaimanapun, ibu penyanyi tersebut memberitahu, cerita tersebut hanyalah gosip liar dan anaknya hanya hadir ke sebuah majlis perkahwinan rakan baiknya.