ANTHONY LOKE SIEW FOOK./ Gambar media sosial.

DAP melakukan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri dan rakyat Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, permohonan maaf itu dilakukan ketika kunjungan hormat beliau kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg di kediamannya pagi tadi.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. 

“Saya telah memaklumkan kepada Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka.

“Saya berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi:

Untuk rekod, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menuntut Pengerusi DAP Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat Sarawak susulan dakwaannya negeri itu akan muflis, tiga tahun lalu.

Dakwaan Guan Eng pada 2019 ketika beliau berjawatan Setiausaha Agung DAP itu mengguris hati ramai rakyat Sarawak apabila mendakwa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun.

Dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas malah merendahkan taraf kerajaan Sarawak serta memperlekeh kemampuan pemimpin negeri itu mentadbir kewangan negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram