Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani. GAMBAR: Facebook Johari Abdul Ghani

ISU pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana akan memberi kesan buruk kepada aspek pembangunan negara.

Oleh disebabkan itu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyokong idea Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, UMNO perlu berpijak di bumi nyata dan tidak bersikap seperti sudah memenangi banyak kerusi.

Tegas beliau,  apa yang penting sekarang adalah kepentingan negara dan rakyat, bukan lagi parti politik.

“Kita nak cakap apa, kita (BN) kecil. Dulu kita menang 143 kerusi, 133 kerusi. Sekarang 30.

”Kalau nak buat perangai macam menang 143, mana boleh,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette, hari ini.

Baca artikel lain: Anwar Ibrahim sah Perdana Menteri Ke-10

Ditanya apakah UMNO akan mengambil kira reaksi penyokong parti itu, Johari berpendirian, tidak ada gunanya BN menjadi pembangkang kalau negara ke belakang.

Lagipun, katanya, bukan semua pemimpin yang berada dalam parti-parti politik tahu buat semua perkara.

“Sebab itu ada talent (bakat) pada parti A, bakat lain pada parti B dan C. Yang paling penting sekarang adalah sanggup tak berkorban untuk 32 juta rakyat dan memacu Malaysia menjadi negara contoh walaupun berbeza ideologi.

“Kalau kita boleh bekerja berpuluh-puluh tahun dengan pelbagai kaum, agama dan budaya, Melayu, Cina dan India, kita bangunkan saiz ekonomi negara daripada RM100 juta pada tahun 1957 kepada RM1.5 trilion sekarang, takkanlah kita kena reverse ke belakang. Kita kena praktikallah.

”Macam saya dulu kalah di Parlimen Titiwangsa tetapi saya terus bekerja untuk mereka (pengundi) sekadar mampu dan akhirnya mereka kembali kepada saya,” ujarnya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram