Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng GAMBAR: Abd Razak Aid

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng membuat permohonan maaf secara terbuka atas keterlanjuran kata terhadap kerajaan negeri Sarawak.

Menurut bekas Menteri Kewangan itu, beliau berharap semua pihak memberi fokus kepada masa hadapan negara dan berganding bahu demi kebaikan semua.

“Saya memohon maaf sekiranya sebarang kenyataan saya telah menyinggung Premier Sarawak dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

“Masa depan negara mendahului segala-galanya. 

“Kita sama-sama mengorak permulaan baru untuk berganding bahu demi memelihara kemajmukan, keterangkuman serta perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan budaya dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan demi kebaikan semua di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya dalam Facebook.

Baca lagi: Kes Guan Eng: Saksi diarah kemuka salinan WhatsApp dua ahli perniagaan

Untuk rekod, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menuntut Pengerusi DAP Lim Guan Eng memohon maaf kepada rakyat Sarawak susulan dakwaannya negeri itu akan muflis, tiga tahun lalu.

Dakwaan Guan Eng pada 2019 ketika beliau berjawatan Setiausaha Agung DAP itu mengguris hati ramai rakyat Sarawak apabila mendakwa Sarawak akan muflis dalam tempoh tiga tahun.

Dakwaan itu bukan sahaja tidak berasas malah merendahkan taraf kerajaan Sarawak serta memperlekeh kemampuan pemimpin negeri itu mentadbir kewangan negeri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram