Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR: Facebook Pakatan Harapan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kedudukan agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta bahasa Melayu terjamin di bawah kepimpinannya.

Anwar berkata, beliau memahami ada pihak sedikit gusar mengenai perkara ini susulan sentimen kempen pilihan raya lalu yang memainkan isu berkenaan.

Namun tegas beliau, Kerajaan Perpaduan diterajuinya akan memastikan kesemua perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dijunjung serta dihormati.

“Saya masih tegas dalam usaha mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, saya tetap faham keperluan kita mengangkat kedudukan penghayatan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

“Termaktub di dalam Perlembagaan kedudukan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

“Dan ada keperluan untuk kita menjelaskan bahawa sistem pemerintahan kita juga menetapkan kedudukan, kemuliaan dan kedaulatan raja-raja Melayu,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Baca artikel lain: Tahniah Anwar, terima kasih Keluarga Malaysia- Ismail Sabri

Pada masa sama, Anwar berjanji tidak akan melupakan hak yang dimiliki kaum lain di negara ini untuk mendapat peluang atau apa sahaja bentuk pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.

“Kita tidak akan bertolak ansur untuk menjamin hak kewarganegaraan, peluang, mengiktiraf hak semua kaum dan semua agama dan semua wilayah di negara ini,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram