Bila tekak kepingin nak makan sup, inilah resipi terbaik yang boleh disajikan untuk seisi keluarga. Bukan sahaja mudah disediakan, namun keenakannya cukup sempurna. Pasti tak cukup satu pinggan.

RESIPI KOEY TEOW THNG (ORIGINAL CHINESE STYLE) SEDAP & MUDAH!

Bahan :

1 ekor ayam (potong besar-besar pun takpa)

Fishball & fishcake

Serbuk lada putih

Lada putih biji ditumbuk

1 biji Sengkuang (saiz sederhana je agak besar bulatan burger)

Gula batu – jika tak ada gula biasa pun boleh

2 batang Serai – diketuk

Batang Saderi (pilihan)

2 Kiub pati ayam

Garam & serbuk hilal

Taugeh, daun bawang

Cabai kicap

Mee/Kuetiau/Maggie/Bihun

Cara masak kuah :

1. Masukkan ayam dibasuh bersih, serai diketuk, sengkuang dibelah empat, serbuk lada putih, lada putih biji yang telah ditumbuk, batang saderi diketuk dan kiub ayam. Rebus sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan serbuk hilal, gula batu dan garam. Rebus lagi sehingga ayam empuk.

3. Bila ayam sudah empuk, angkat dan asingkan ayam. Carikkan isi ayam untuk topping dalam th’ng nanti. Tulang ayam masukkan balik dalam kuah dan biarkan merebus sekali.

4. Fishball and fishcake boleh dicelur atau goreng. Saya suka goreng, lebih wangi. Jadi gorengkan sekejap dan toskan. Potong nipis-nipis untuk dijadikan bahan topping.

5. Minyak bawang putih :

10 ulas bawang putih dicincang halus. Kemudian goreng dengan minyak sehingga warna bertukar kekuningan dan naik bau. Tutup api. Tunggu sejuk, masukkan bawang dan minyak bersama.

6. Cili kicap :

Goreng 20 tangkai cili padi, 3 biji cili merah dan 5 ulas bawang putih sehingga naik bau dan tutup api. Tunggu sejuk sebentar dan kisar cili bersama minyak yang ditumis tadi beserta kicap. Saya guna campuran kicap mudim dan kipas udang habhal warna merah.

Dah boleh dihidang dengan pilihan mee, taugeh celur serta taburan daun bawang.”

Kredit : Fatyn Zamry