PELAKON Nad Zainal yang berada di unit rawatan rapi (ICU) pusat perubatan Ampang akibat masalah paru-paru, mula menunjukkan perkembangan positif pada pag hari ini.

Berita tersebut dikongsikan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin yang memberitahu paras oksifen dalam darah Nad kini meningkat ke paras bacaan 100.

ARTIKEL BERKAITAN: Paru-paru Nad Zainal masih alami pendarahan, disyaki autoimun , Paru-paru berdarah, Nad Zainal terpaksa ditidurkan , Nad Zainal masuk ICU akibat jangkitan kuman pada paru-paru , Rupa-rupanya dah 2 tahun Nad Zainal simpan hasrat nak bertudung, percaya pada rezeki dalam industri seni

“Alhamdulillah. Perkembangan Nad pagi ini semakin positif. Paras oksigen dia dah naik balik ke 100.

“Pendarahan dalam paru-paru dia pun dah berhenti. Semalam adalah satu situasi yang cukup mencemaskan buat kami dan rakan-rakan Nad…cukup kritikal.

“Tapi ternyata berkat doa semua, Alhamdulillah keadaan Nad semakin stabil pagi ini. Terus mendoakan untuk Nad,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah, Nad akan dirawat oleh doktor buah pinggang berikutan ada keradangan pada organ terbabit.

“Hari ini Nad akan dirawat oleh doktor buah pinggang pula sebab dapat kesan ada sedikit terjejas pada organ berkenaan.

“Bagaimanapun hari ini keadaannya lebih elok dari semalam,” tulis Sharifah Shahirah yang mendapat berita tersebut daripada rakan artis, Sherry Al Hadad.