Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan melambai tangan kearah media ketika berangkat ke Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

PERBINCANGAN Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan bermula pagi tadi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu diadakan di Istana Negara.

Seawal jam 10.29 pagi, Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara hari ini bagi menghadiri Perbincangan Khas tersebut.

Antara yang terawal, kenderaan rasmi Istana Perlis yang membawa Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail tiba di Pintu 1 Istana Negara.

Pada jam 10.46 pagi, kenderaan rasmi Istana Selangor tiba di Pintu 1 Istana Negara. 

Pada jam 10.51 pagi, kenderaan rasmi Istana Kedah tiba membawa Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Pintu 1 Istana Negara.

Selang dua minit, pada jam 10.53 pagi, kenderaan rasmi Istana Perak tiba di Pintu 1 Istana Negara. 

Kemudian, pada jam 10.56 pagi, kenderaan rasmi Istana Negeri Sembilan tiba di Pintu 1 Istana Negara.

Seterusnya, pada jam 10.58 pagi, kenderaan rasmi Istana Terengganu tiba di Pintu 1 Istana Negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram