Datuk Seri Anwar Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin depan sebagai cuti peristiwa selepas beliau diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, perkara berkenaan juga sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin namun kita tidak dapat bereskan (bentuk kerajaan), dan kita sudah bereskan, Alhamdulillah.

“Dan saya akan tepati janji dan anjakkan cuti ini ke minggu depan iaitu Isnin,” katanya dalam sidang media sebenar tadi.

Dalam pada itu, Anwar berkata, cadangan untuk tidak melantik Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah sebagai Jemaah Menteri akan dibincangkan secara terperinci dengan parti yang menyertai Kerajaan Perpaduan.

Beliau menegaskan, pendirian Pakatan Harapan (PH) dalam isu itu adalah jelas iaitu tidak melantik mana-mana Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah.

“Itu ada dibangkitkan. Kalau dalam kalangan PH, pendirian kita jelas. Tapi oleh kerana ia babitkan isu Kerajaan Perpaduan, kita perlu berbincang.

“Yang membezakan adalah apabila hukuman dijatuhkan. Apabila ada pendakwaan, jika ikut pendirian PH, sukar untuk kita teruskan.

“Tapi bagi saya ruang untuk berbincang dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan ini secara terperinci,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram