Polis menahan seorang lelaki kurang 24 jam selepas beliau meragut telefon bimbit seorang warga emas yang sedang menunggu isterinya di hadapan sebuah stesen minyak di Petaling Jaya, pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada 5.40 petang hari yang sama di tepi Jalan PJS5 di Petaling Jaya.

Mohamad Fakhruddin berkata dalam kejadian pada 11 pagi Sabtu itu, suspek telah meragut tetefon bimbit milik seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun yang sedang duduk di kerusi di hadapan stesen minyak di SS1 Petaling Jaya.

“Selepas disoal siasat lelaki berkenaan telah mengaku melakukan jenayah itu dan membawa anggota polis ke sebuah rumah di Sungai Way dan menemukan pakaian yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah tersebut dan empat telefon bimbit dipercayai disamun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel : Lelaki ragut telefon bimbit ditahan polis

Mohamad Fakhruddin berkata dengan tangkapan berkenaan pihaknya telah berjaya menyelesaikan tiga kes samun yang berlaku di sekitar Petaling Jaya.

“Suspek yang mempunyai 22 rekod jenayah lampau dan satu rekod membabitkan dadah direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun tanpa senjata,” katanya.

— BERNAMA

Thursday , 24 November 2022

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram