Sedapnya daging lada hitam ini. Bagi penggemar daging, resipi ini wajib anda cuba. Jom lihat bahan dan cara menyediakan juadah yang menyelerakan ini.

BAHAN-BAHAN:
500 gm daging (potong nipis dan rebus)
4 sudu besar cili kisar
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar santan
2 sudu besar serbuk lada hitam
4 sudu besar minyak menumis
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR:
4 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 sm halia

Cara Menyediakan:
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2.Masukkan sedikit air daging, santan, kicap pekat, gula, lada hitam dan garam secukup rasa.
3.Masak sehingga pekat.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram