Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi nasi kabuli daging yang menyelerakan ini. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

kg beras basmathi
200 gm daging
200 ml minyak sapi
500 ml santan
80 gm rempah sekawan (buah pelaga,
cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang)
Daun bawang
Daun sup
2 sudu besar bawang goreng
10 gm gajus
4 helai daun pandan
Garam
10 gm belacan

BAHAN REMPAH:
1/2 sudu besar jintan manis biji
1/2 sudu besar jintan putih biji
1/2 sudu besar ketumbar biji

BAHAN HIRIS:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 sm halia

Cara Menyediakan:
1.Daging direbus hingga lembut. Angkat dan hiris kasar. Air rebusannya jangan dibuang.
2.Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kisar hingga halus.
3.Tumiskan daun pandan dan rempah empat sekawan hingga wangi. Tumiskan pula bahan hiris, belacan dan bahan rempah hingga wangi.
4.Masukkan air rebusan daging, santan dan beras. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
5.Tanak sehingga nasi masak. Hiaskan dengan daging, hirisan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan gajus.

Pesan Saji: Sukat beras dan kemudian sukat lebihan air rebusan daging. Sukatan perlulah sama. Jika air rebusan daging kurang, bolehlah dicampurkan dengan air biasa.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar daging wajib cuba restoran ini #makanlokal #makanmakanbangi #myfoodie #malaysianfoodie #fyp ♬ Pink Venom – BLACKPINK

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram