MESYUARAT Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat ketetapan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen untuk mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan nanti.

Selain itu, jelas beliau, MKT juga bersetuju memperkukuhkan sokongan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kekal menerajui BN sebagai Pengerusi.

“MKT mengambil maklum dan memperhalusi segala butiran kedua-dua perbincangan yang telah dijalankan oleh Jawatankuasa Perundingan BN dengan PH dan PN.

Baca lagi: Mesyuarat MKT UMNO tidak bincang singkir Zahid, teliti tawaran

“MKT secara sebulat suara memutuskan untuk menyokong dan menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya BN menyokong dan mengambil bahagian dalam Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui oleh PN bagi memastikan sebuah Kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

“MKT juga bersetuju semua wakil-wakil parti yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15, mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau lain-lain bentuk Kerajaan yang bakal dimasyhurkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“MKT memperkukuhkan sokongan terhadap Ahmad Zahid, Presiden UMNO, untuk terus kekal menerajui sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan sebulat suara menyokong beliau sebagai Presiden UMNO Malaysia.

“Dimaklumkan juga bahawa Perhimpunan Agung UMNO untuk tahun 2022 ini ialah pada 21-24 Disember 2022,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram