Rezeki, jodoh dan kematian sudah ditakdirkan oleh Allah SWT, dan akan tetap menjadi rahsia-Nya. Rezeki Allah boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas. Bukan soal kaya atau miskin, namun apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi.

Perkongsian Nini Ruspawan ini cukup menjentik hati, mengingatkan bahawa duit yang dimiliki bukan hak kita, sebaliknya apa yang disedekahkan itulah hak kita. Sebaik-baik hak disisi Allah.

Jangan sesekali meletakkan kepercayaan bahawa dengan bekerja itulah kita dapat gaji dan rezeki. Sedangkan bekerja itu adalah sebahagian daripada usaha dan selebihnya kurniaan Allah SWT.

“Aku dah janji dengan anak-anak nak off HP. Tapi aku mintak izin sekejap kat deme nak menaip ni. Sebab cerita ni, betul-betul buat aku meremang bulu roma. Subhanallah.

Semalam, aku hantar rambutan pada kawan lama. Orang kampung jugak, cuma dah duduk di Seri Iskandar. Kawan ni buat catering. Takde kedai pun, semua beroperasi dari rumah. Kalau tengok dapur rumah dia pun, besar dari ruang tamu rumah aku hahaha. Sebab memang meniaga makanan kan.

Semalam masa aku hantar buah rambutan, aku cuma mintak dia doakan untuk arwah ayah, dan doakan untuk mama jugak. Lepas tu kami sembang la, lama jugak. Dia tanya pasal aku, aku tanya pasal dia. Terkeluarla cerita yang dia dah lama tak dapat order. Berbulan-bulan dah. Mungkin yang tak jadi susah sangat, sebab hidup takde hutang. So komitmen bulanan hanya diri dan anak-anak. Suami dia kerja sama-sama dengan dia la buat katering tu.

Dah usaha macam-macam. Buat lauk siap, buat nasi lemak meniaga tepi jalan, macam-macam la. Tapi macam so so je.

Dia yang aku kenal, bukan jenis orang merungut. Apa ada je dalam hidup. Dan sejak dulu orangnya suka bersedekah. Aku rasa sebab tu dari dulu rezekinya murah.

Aku pulak cerita kat dia yang aku tengah sakit, tak boleh nak bekerja. Dan rasa bertambah pedih bila orang kata macam-macam. Even hal ambik rambutan pun ada yang pertikaikan. Saja meluahkan kat dia.

Dia cakap, rezeki Allah tak pernah salah alamat. Tak cepat dan tak lambat. Allah bagi pada masa DIA tahu kita perlu. Kena percaya kat Allah. Jangan sesekali letak percaya kalau kita kerja, dapatlah rezeki. Walhal kerja tu usaha kita je. Ada orang, tak nampak pun dia kerja. Duk pegi berdakwah sana sini tanpa gaji. Tapi tu la kalau nak cerita rezeki ni, Allah bagi cukup je. Part ni kena betulkan iman katanya.

Aku pun terubat la sikit hati.

Masa aku nak balik, dia hulur duit dalam genggaman aku waktu bersalam tu. Yang tahu dan kenal aku, mesti tau macam mana susahnya aku nak ambik duit orang bagi ni. Bukan sombong, wallahi tidak. Tapi aku segan, segan teramat. Bertolak-tolak la kami semalam.

Aku tak sampai hati nak ambik sebab dia pun struggle takde job. Aku cakap la, ekonomi makin mencabar. Simpan la duit tu untuk sesak-sesak. Sungguh, aku tak gamak nak ambik. Sebab sekarang ni semua sedang berjimat menyimpan untuk hadapi krisis ekonomi.

Tapi jawapan dia tu betul-betul buat aku rasa terpukul.

“Jangan percaya la macam tu. Duit yang kita simpan tu bukan hak kita. Takkan jadi hak kita pun. Ni yang akak sedekah ni la hak akak. Hak di sisi Allah. Ambik la, akak dah niat. Allah tu baik Pawan. Subuh tadi akak tiba-tiba teringin sangat nak makan rambutan. Ni malam ni Allah hantar ha, melalui Pawan. Malu akak nak berkira bab duit ni, macam berkira dengan Allah.”

Allah, tak sedar airmata aku menitik. Sebak dengan tingginya keyakinan dia pada Allah, yang aku pun belum ada sampai tahap tu. Sebak sebab aku ni memang susah nak jumpa orang. Tak suka, tak selesa, nak nak lagi bila tengah sakit. Tapi memang Allah detikkan hati aku dengan nama dia. Terus call terus ke rumah dia. Allah jumpakan aku dengan dia untuk aku belajar nak balik pada Tuhan. Aku akui, bila sakit ni, mudah tersasar. Dan Allah tarik aku balik pada DIA dengan cara macam ni.  Allahuakbar.

Detik hati kita ni dalam aturan DIA kan. Sebab tu rasa sebak sangat-sangat. Aku ambik duit yang dia bagi. Aku pun kena belajar menerima.

Dan……

Kejap ni dia call aku. Call pasal dah whatsapp ada satu tick je katanya hahaha. Aku off data kan, memang tak masuk la whatsapp. So dia call.

Dia suruh aku teka. Aku jawab tak tau, taknak teka sebab aku tak suka teka teki hahaha.

Dia menangis dan cakap, “Wan, akak dapat 3 job katering Wan. 3-3 berlainan tarikh, jadi akak boleh ambik semua job tu. Ada orang kawen, ada orang bersunat. Job besar Wan. Alhamdulillah..”

Memang meremang bulu roma aku. Meremang sampai saat aku menaip ni. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Moga Allah terus limpahkan rezeki untuk akak Y. Kurniakan dia”

Kredit : Nini Ruspawan