NAMA penyanyi Ismail Izzani menjadi bualan netizen susulan dia dikaitkan dengan lelaki yang mirip wajahnya sedang bercium dengan seorang wanita seksi di kelab malam seperti dalam video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Warganet mula membanjiri ruangan komen penyanyi berusia 22 tahun berkenaan dan mengecam perbuatan tidak bermoralnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Penyanyi lelaki ‘kantoi’ cium, peluk wanita seksi di kelab malam!

“Tak malu ke dah tersebar, boleh buat relaks saja.

“Ni ke yang peluk-peluk mabuk tu.

“Dia boleh tolak tapi dia lebih memilih untuk stim.

“Macam samalah telinga dia dengan orang yang aku tengok dekat TikTok tadi.

“Bangga lah video dah viral tu.

“Dia ni ke yang cium perempuan dekat kelab tu?

“Kecewanya dengan dia ni. Kaki kelab rupanya,” tulis netizen.

Namun, dalam banyak komen-komen negatif, ada juga pengikutnya menitipkan kata-kata nasihat kepada penyanyi itu.

“Mail suara sedap, menarai pandai dan muda lagi. Minat dekat Mail, kerjaya boleh pergi jauh tapi perempuan dan arak adalah perkara yang melalaikan dan memang berdosa.

“Kesian dengan mak selalu ‘back up’ anak tapi anak hanya hargai menyanyi kagu sayang mak tapi tak jaga air muka mak. Kesian dekat mak yang terpaksa tebal muka sebab salah anak.

“Macam orang kata tak pandai didik anak padahal dosa tu anak yang buat. Anak pun tak sayang mak, tak fikir pun perasaan mak melahirkan dan menahan malu.

“Mak, orang ada nama, ada kenalan. Kesian mak dia…kesian diri sendiri juga. Boleh pergi jauh tapi pilih jalan macam ni,” tulis seorang pengikut di ruangan komen.