Sedapnya gulai ayam Jawa ni. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Tidak menggunakan banyak bahan, resipi ini juga mudah disediakan. Jom cuba!

BAHAN A:
5 sudu besar minyak masak
3 helai daun kunyit (siat-siat)
3 batang serai (titik)
3 helai daun limau
3 sm lengkuas (ketuk)
2 keping asam gelugur

BAHAN B:
1 ekor ayam (potong ikut suka)
450 ml santan pekat

BAHAN KISAR:
10 tangkai cili merah
9 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sm halia
1 sudu besar ketumbar
3 sm kunyit

CARA MENYEDIAKAN:
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam, gaul rata.
2.Selepas itu, barulah masukkan santan, daun kunyit, serai, daun limau, lengkuas dan asam gelugur.
3.Masak sehingga kuah sedikit pekat dan tambahkan sedikit garam secukup rasa.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram