PENYANYI Usop berkongsi berita gembira apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat melahirkan anak sulung mereka.

Menerusi hantaran di Instagram, Usop meluahkan rasa syukur dan turut mendedahkan nama bayi lelakinya kepada umum.

“Alhamdulillah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” tulisnya di kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah, Usop dah jadi suami orang! Nak fokus hidup rumah tangga dulu baru fikir anak

Malah, Usop turut memuat naik gambar dirinya dan isteri sedang mendukung putera sulung mereka di akaun media sosial berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan peminat tidak ketinggalan meninggalkan ucapan tahniah kepada pasangan itu.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah.

“Alhamdulillah tahniah Teha dan Usop. Selamat berpantang.

“Tahniah kepada Usop dan isteri atas kelahiran bayi lelaki yang bernama Muhamad Saif Umar. Semoga akan menjadi anak yang soleh dan sentiasa sihat. Amin,” tulis warganet.

Untuk rekod, Usop dan Fatihah bernikah pada 4 Februari lalu di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang.