PENGARAH terkenal, Shahrulezad Mohameddin menempelak segelintir pihak yang mengaitkan pengambilan ubat kurus menjadi punca buah pinggang pelakon Nad Zainal rosak.

Sebaliknya, kata Shahrulezad, vital organ aktres itu terutamanya buah pinggang dalam keadaan baik.

“Apa yang buatkan saya lega ialah vital organ Nad juga dalam keadaan baik terutama buah pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula tunjuk perkembangan positif, paras oksigen Nad Zainal meningkat ke bacaan 100, Paru-paru Nad Zainal masih alami pendarahan, disyaki autoimun, Paru-paru berdarah, Nad Zainal terpaksa ditidurkan , Nad Zainal masuk ICU akibat jangkitan kuman pada paru-paru

“Jadi khabar angin yang mengatakan buah pinggang Nad bermasalah gara-gara ubat kurus adalah tidak benar sama sekali.

“Masalah Nad sekarang ialah paru-paru dia yang masih dalam proses penyembuhan,” tulisnya di Instagram mengenai perkembangan terkini pelakon wanita itu.

Dalam pada itu, menurut Shahrulezad, kondisi kesihatan Nad bertambah baik dari semalam biarpun doktor masih mahu meneruskan prosedur intubasi.

“Alhamdulillah keadan Nad hari ini lebih baik dari semalam. Tapi doktor masih mahu Nad diintubasi lagi selagi paru-paru belum betul-betul kuat.

“Kadar kebergantungan Nad pada mesin oksigen pun semakin berkurangan. Bila keadaan sesuai barulah doktor akan ‘extubate’. Saya rasa tak lama lagi…Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu, Shahrulezad turut memohon agar orang ramai terus mendoakan kesembuhan Nad.

“Apa yang Nad perlukan sekarang ialah kekuatan dalaman dia untuk terus berjuang untuk kembali sihat.

“Selain dari itu, Nad juga perlukan doa daripada korang semua. Saya percaya Nad akan kembali sihat semula seperti biasa tidak lama lagi. Apa yang dipohon sekarang ialah doa yang berterusan,” ujarnya.