Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

PENGARAH Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima dua anugerah di MACEOS 32nd Anniversary Gala Dinner & Industry Recognition Award 2022.

Dua anugerah tersebut adalah Honorary Recognition of COVID-19 Front-Liners Award dan Special Industry Recognition Award.

Anugerah ini diterima setelah WTCKL menyahut seruan dan membantu kerajaan untuk mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin Mega AstraZeneca (PPV Mega AstraZeneca).

Kesemua anugerah ini adalah berdasarkan undian oleh ahli Jawatankuasa Malaysian Association of Convention and Exhibition Organizers and Suppliers (MACEOS).

MACEOS ditubuhkan pada tahun 1990, merupakan pertubuhan yang mempunyai keahlian dari seluruh pemain-pemain industri acara perniagaan di Malaysia.

Kedua-dua anugerah ini adalah berteraskan perjuangan berterusan Irmohizam, di mana industri acara perniagaan adalah yang paling terkesan akibat pandemik COVID-19.

Banyak acara, persidangan, pameran dan konvensyen tempatan serta antarabangsa terpaksa dibatalkan atau ditangguh kerana sempadan negeri dan negara ditutup selama dua tahun.

Baca artikel lain: TPM: Jika ikut hierarki Ahmad Zahid calon berkelayakan – MKT UMNO

Kedua-dua anugerah ini juga merupakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan Irmohizam yang sentiasa memperjuangkan ekonomi acara perniagaan di peringkat negara dan antarabangsa.

Anugerah ini mengimbau kenangan WTCKL dalam menyahut seruan mewujudkan PPV Mega di mana vaksin AstraZeneca disediakan dan diberikan kepada orang ramai sepanjang beroperasi selama 150 hari dengan lebih 1.3 juta dos suntikan.

WTCKL bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Inovasi & Teknologi (MOSTI), Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Susulan daripada itu, Irmohizam mengucapkan terima kasih kepada keluarga WTCKL dan rakan industri acara perniagaan atas kerjasama serta kerja keras mereka sepanjang beberapa tahun yang sukar ini.

“Mari kita bersatu dalam matlamat kita bersama untuk meletakkan Malaysia di peta industri acara perniagaan.

“Semoga kita dapat bekerjasama menganjurkan acara antarabangsa yang lebih menarik di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau menganggap, semua perkara yang berlaku bukan satu bebanan dan tidak akan berputus asa untuk teruskan kerja sebagai pemain industri di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram