Pemakaian kasut boots mungkin kurang popular digayakan hijabista memandangkan faktor persekitaran dan cuaca yang panas dan kering menyebabkan ia tidak selesa dipakai.

Akan tetapi menjadikan boots sebagai sepatu pilihan terutamanya kala menghadiri majlis istimewa pasti akan membuka perhatian terhadap penampilan diri. Dengan pemilihan boots berkualiti dan sesuai dipadankan dengan busana yang digayakan, pasti memberi impak yang cukup dramatik.

Dalam soal keseimbangan, kasut boots sebenarnya hebat peranannya. Dalam masa yang sama turut menyokong postur tubuh. Jadi usah takut tampilkan kelainan dengan koleksi kasut boots anda.

Knee High Boots

Kebiasaannya ia direka mengikut muatan biasa dan berasaskan kulit. Kemasan berzip di bahagian tepi atau belakang menyerlahkan lagi efek moden dan elegan buat si pemakai. Ia turut dihiasi dengan perincian jahitan yang kemas dan timbul.

Thigh High Boots

Direka hingga atas lutut tetapi tidak melebihi daripada empat inci ke atas. Boot ini sangat sesuai dikenakan sepanjang musim. Wanita yang menggayakannya kelihatan lebih berani dan urban.

Mid-calf Boots

Gaya moden rekaan ini benar-benar menarik perhatian. Boot separas betis ini sesuai dipakai untuk mereka yang berkaki panjang. Cukup sempurna! Terdapat pelbagai jenis material bagi mid-calf boots seperti baldu, kulit, jean dan kanvas.

Ankle Boots

Rekaan separuh buku lali ini pasti menonjol jika digandingkan bersama skinny. Jika ingin tampil ranggi, warna lusuh adalah pilihan tepat. Ankle boots juga sesuai digayakan di mana-mana majlis.