Sedapnya gulai kawah kambing ini. Bagi yang buntu nak masak apa hari ini, apa kata anda cuba resipi gulai kawah kambing yang menyelerakan ini. Berbaloi cuba!

BAHAN-BAHAN:
1 kg daging kambing
8 ulas bawang merah (hiris)
5 ulas bawang putih (hiris)
2 sm halia (hiris)
5 biji ubi kentang (belah empat)
1 sudu kecil biji ketumbar (kisar)
1 sudu kecil biji jintan manis (kisar)
1 sudu kecil jintan putih (kisar)
1/2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kari daging
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
350 ml santan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak. Selepas itu masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2.Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
3.Masukkan pula jintan manis, jintan putih, ketumbar,
serbuk cili dan serbuk kari.
4.Tumis hingga naik bau, selepas itu masukkan kambing, kacau hingga separuh kering.
5.Masukkan secawan air. Biarkan hingga daging separuh empuk, kemudian masukkan ubi kentang.
6.Selepas kambing agak empuk masukkan santan dan garam serta sedikit gula. Masak hingga daging dan kentang empuk.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram