Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi nasi hujan panas ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air
1 kiub pati ayam
1 cawan susu cair
2 helai daun pandan
Pewarna merah, kuning dan hijau

BAHAN TUMIS:
4 sm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MENYEDIAKAN:
1.Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Tuskan.
2.Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi.
3.Masukkan beras dan gaul rata.
4.Masukkan air dan susu cair, kiub ayam dan daun pandan. Tanak seperti biasa.
5.Bila nasi separuh kering, titiskan pewarna (dibancuh dengan sedikit air dalam bekas berasingan).
6.Bila sudah masak, gembur-gemburkan nasi.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makan sedap di Salak Tinggi, Sepang #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #foodiemy #portmakansedap #fyp ♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram