PEMBENTANGAN usul undi percaya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Parlimen ke-15, 19 Dis ini, adalah wajar bagi memastikan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri dapat dimuktamadkan.
Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata langkah itu juga adalah bagi mengelakkan daripada pertikaian berterusan pihak tertentu seperti yang pernah dihadapi di dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.
“Namun jika ia (usul undi percaya) tiada, kita masih perlu membentangkan belanjawan dan belanjawan itu sendiri juga boleh dianggap sebagai undi percaya,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Baca artikel berkaitan: BN akan sokong usul undi percaya kepada PM
Menteri Besar Selangor itu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan MASISWA Networking Games 2022 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di Bangi.
Anwar, dalam sidang media sulung selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10, Khamis lalu, berkata sidang pertama Dewan Rakyat pada 19 Dis ini ditetapkan untuk dikemukakan usul undi percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.
Katanya, langkah itu bertujuan apabila ada pihak mempertikai kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri sekali gus dilihat menjejaskan kestabilan kerajaan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram