Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR: Abd Razak Aid

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan.

Perkara itu dikongsikan bekas Pengarah Media dan Komunikasi Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Ruhaidini Abdul Kadir dalam hantaran di Facebook.

Justeru, kata Ruhaidini, keputusan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak menggunakan kenderaan rasmi iaitu Mercedes S600 bukan perkara luar biasa.

Malah, Ruhaidini memberitahu, Ismail Sabri juga lebih selesa menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang telah digunakan pentadbiran terdahulu sepanjang beliau bergelar Perdana Menteri.

“Keputusan Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi (import) yang baharu bukan perkara luar biasa.

“Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau.

Baca artikel berkaitan: PM tolak guna Mercedes S600 dibeli JPM

“Sepanjang bergelar Perdana Menteri, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada masa sama, Ruhaidini mendedahkan, Ismail Sabri turut enggan meluluskan permohonan untuk mengubahsuai pesawat khas iaitu Perdana 1 bagi kegunaan rasmi Perdana Menteri.

“Ismail Sabri juga terus tinggal di rumah peribadi dan memilih untuk tidak berpindah ke Seri Perdana meskipun kediaman rasmi Perdana Menteri telah indah diubahsuai,” katanya.

Semalam, Anwar menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk kegunaan hariannya.

Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut diambil kerana tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Sebaliknya, beliau akan menggunakan apa sahaja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram