MASALAH bekalan telur dan harga ayam antara isu berkaitan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat sekarang. - GAMBAR: Abd Razak Aid

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menerima sebarang laporan atau aduan berhubung harga telur yang didakwa dijual melampau hingga mencecah RM17 sepapan.

Menurut laporan BH Online, Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, aduan boleh dibuat kepada KPDNHEP sekiranya terdapat peniaga menjual telur ayam gred kawalan pada harga yang melampau tinggi.

“Kita mengawal harga bagi telur ayam gred A, B dan C, masing-masing dijual dengan harga 45 sen sebiji, 43 sen dan 41 sen, manakala harga bagi telur ayam jenis istimewa atau Omega, ia bukan di bawah kawalan.

“Setakat ini, tiada laporan yang diterima berhubung isu penjualan telur ayam RM17 sepapan. Jika ada aduan, kita akan menyiasat seperti biasa,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Kekurangan telur ayam bukan sebab sabotaj

Sebelum ini, media melaporkan bekalan telur ayam di beberapa negeri kembali stabil, namun harganya meningkat sehingga RM17 sepapan bagi telur ayam gred A.

Malah kenaikan harga telur ayam itu juga didakwa berpunca daripada pembekal yang mengenakan caj tambahan, iaitu dua sen untuk setiap biji telur sehingga memaksa harga jualannya dinaikkan untuk semua jenis gred.

Azman berkata, dari segi penguatkuasaan terhadap harga telur ayam sejak 5 Februari lalu sehingga semalam, sebanyak 153 kes peniaga menjual telur ayam melebihi harga maksimum sudah diambil tindakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram