Nurul Izzah Anwar -GAMBAR: FACEBOOK NURUL IZZAH

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memaklumkan telah dijangkiti COVID-19 sekali gus tidak dapat menghadiri Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera Permatang Pauh malam ini.

Perkara tersebut dikongsikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam hantaran di Facebook.

Menurut Nurul Izzah, majlis tersebut akan tetap berlangsung seperti yang telah dirancang.

Beliau memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan jentera yang membantunya pada masa akan datang.

Nurul Izzah berkata, beliau hanya mengalami gejala ringan dan menjalani kuarantin kendiri.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera P044 Permatang Pauh pada malam ini kerana telah dijangkiti COVID-19.

“Namun, majlis ini akan tetap berlangsung malam ini seperti yang telah dirancang. Insya-Allah, saya akan bertemu para jentera yang telah membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya.

Baca artikel berkaitan: Wakili Permatang Pauh penghormatan terbesar, saya akan kembali – Nurul Izzah

“Alhamdulillah, setakat ini saya hanya mengalami gejala ringan dan sedang menanti hari untuk selesai kuarantin dan suami untuk keluar dari wad. Mohon doakan.

“Mudah-mudahan majlis kesyukuran malam ini berjalan dengan lancar. Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Keputusan di Permatang Pauh mencatatkan antara kejutan terbesar pada PRU-15 apabila Nurul Izzah yang mewakili Pakatan Harapan (PH) tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Situasi itu menjadikan kerusi Permatang Pauh akhirnya diserahkan kepada parti lawan selepas 40 tahun menjadi ‘milik’ keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar pertama kali bertanding di kerusi tersebut pada PRU-6 pada tahun 1982 apabila mengalahkan calon Pas, Zabidi Ali dengan majoriti 14,352 undi atas tiket Barisan Nasional (BN).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram