Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR IHSAN: Pejabat Perdana Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan perjumpaan sulung bersama warga Jabatan Perdana Menteri, esok.

Perjumpaan sulung Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 itu dijadual diadakan pada pukul 8.15 pagi di Dataran Perdana Putra, Putrajaya.

Menurut Twitter Jabatan Perdana Menteri, pertemuan Anwar dengan penjawat awam bagi bulan November itu boleh diikuti secara langsung menerusi saluran Facebook @MalaysiaPMO.

Lazimnya, warga Jabatan Perdana Menteri akan mendengar taklimat dan amanat Perdana Menteri dalam perjumpaan bulanan.

Baca artikel berkaitan: Sultan Brunei pandu sendiri kereta bawa Anwar ke Seri Perdana

Terdahulu, Anwar memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri di pejabat beliau pada hari Jumaat lalu.

Ketibaan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun di blok utama Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri kira-kira 9.55 pagi disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar, 75, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Khamis lalu.

Pada sidang media sulungnya sebagai perdana menteri, Anwar menegaskan kerajaan perpaduan yang dibentuk dengan penyertaan beberapa parti akan memastikan kestabilan negara dan ekonomi serta menjunjung semangat Perlembagaan Persekutuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram