Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi kari kapitan yang Saji kongsikan ini. Memang sedap.

BAHAN-BAHAN:
4 ketul ayam
BAHAN TUMBUK:
5 gm belacan
1 batang serai
6 biji buah keras
3 cm halia muda
3 cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Minyak masak untuk menumis

BAHAN B:
125 ml santan cair
250 ml santan pekat
3 sudu besar gula
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
3.Tuangkan santan cair dan masak sehingga ayam empuk
4.Kemudian masukkan santan pekat. Kacau sehingga mendidih. Tambahkan gula, garam dan lada hitam.
5.Apabila kuah agak pekat tutup api dan hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makanan salai sedap berhampiran Putrajaya, Bangi & Kajang #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #foodiemy #portmakansedap #dagingsalaimasaklemakciliapi #fyp ♬ SWIPE – ALYPH

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram