TIGA lelaki yang merompak seorang pembekal sayur dengan bersenjatakan pedang dan parang di Pasar Parit Buntar ditahan polis petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, suspek telah menetak pergelangan tangan kanan dan merampas seutas rantai leher milik sehinga mangsa mengalami kerugian bernilai RM15,000.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan.

Jelasnya, pada pukul 4 petang, pihak polis telah terserempak dengan sebuah Proton Waja yang dipandu seorang suspek dalam keadaan mencurigakan ketika sedang melakukan rondaan.

Polis kemudian mendapati tiga orang suspek berbangsa India yang bersenjata telah meluru masuk ke dalam kereta sebelum polis bertindak menyerbu suspek.

Baca artikel : Seminggu berjoli lebih setengah juta, 12 perompak muda berjaya diberkas polis

“Suspek yang terkejut telah melibas pedang ke arah polis dan cuba melarikan diri dengan melanggar pihak polis yang berada di hadapan kereta.

“Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi memberhentikan kenderaan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata, tiga suspek berjaya diberkas manakala seorang lagi masih bebas.

Katanya, hasil soal siasat mendapati ketiga-tiga suspek telah melakukan kegiatan rompakan dengan menggunakan kenderaan dan modus operandi yang sama sebanyak 11 kes sebelum ini.

“Kesemua suspek berusia 47 hingga 63 tahun mempunyai rekod dadah serta jenayah lampau.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan morphine,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram