BEKAS penyerang kebangsaan dari Kelantan, Mohd Hashim Mustapha, 56, meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dipercayai akibat penyakit kencing manis.

Allahyarham merupakan ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3 musim ini dan pernah menjadi penolong jurulatih pasukan Kelantan serta ketua jurulatih MOF FC, skuad Piala Presiden Kelantan dan D’AR Wanderers FC.

Sepanjang karier sebagai pemain, Hashim yang pernah menyarung jersi pasukan Kedah, Johor, JKR Kelantan dan TNB Kelantan merupakan pemenang Kasut Emas Liga Perdana 1993 dan 1994 ketika bersama Kelantan, serta membantu skuad kebangsaan meraih pingat perak pada Sukan SEA 1987 di Jakarta, Indonesia.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui laman Facebooknya melaporkan mengenai pemergian legenda bola sepak tersebut.

BERITA BERKAITAN Persediaan Harimau Malaya: Hanya 17 pemain lapor diri kem latihan

Menurut menantunya, Nizad Ayub, 34, Allahyarham dilaporkan dalam keadaan kritikal ketika mendapat rawatan di hosp[ital akibat penyakit kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian Papa, walaupun kami bersedih kerana kehilangannya,” katanya memetik laporan Astro Awani sebentar tadi.

Tambah Nizad, mereka sekeluarga juga berada di sisi Arwah Mohd Hashim, ketika beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Untuk rekod, Mohd Hashim di masukkan ke HUSM Kubang Kerian, pada Jumaat, 26 November, selepas menjalani pembedahan memotong kaki kirinya, bulan lepas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram