SEORANG kanak-kanak maut manakala dua lagi tidak sedarkan diri selepas dihempap tiang eletrik di Jalan K16, Kampung Belukar Changlun, Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 5.33 petang.

Beliau berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati mangsa merupakan tiga kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun dipercayai bermain berdekatan longgokan tiang elektrik yang diletakkan di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : Budak perempuan 11 tahun maut didera sampai pecah usus

Jelasnya, tiang elektrik tersebut dipercayai telah terjatuh lalu menghempap mangsa.

Katanya, ketiga-tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dengan menggunakan jengkaut sebelum anggota bomba tiba.

Sayani berkata, mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Sementara dua mangsa lagi dibawa ke Hospital Jitra bagi menerima rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram