Bagi penggemar brownies, resipi brownies coklat ini antara yang harus anda cuba. Resipinya sangat mudah dan semestinya sedap. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN:
250 gm tepung gandum campuran
Rich Cream
3 biji telur
60 gm air
75 gm minyak jagung
125 gm coklat masakan
25 gm minyak jagung
50 gm kacang walnut

CARA MENYEDIAKAN:
1.Cairkan coklat masakan dan campurkan dengan 25 gm minyak jagung.
2.Kemudian, pukul tepung gandum campuran Rich Cream, telur dan air hingga kembang.
3.Masukkan minyak jagung dan kaup balik hingga sebati.
4.Akhir sekali masukkan coklat masakan dan kacang walnut.
5.Masukkan aduan dalam loyang dan bakar selama 35 minit pada suhu 180°C.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram