Bukan mudah untuk mendidik anak-anak, silap percaturan akan memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka. Kadang kala, ibu bapa turut terbuai dengan emosi apabila anak-anak mula buat perangai, susahnya untuk mengawal diri dan memberi contoh positif untuk mereka.

Tip keibubapaan yang dikongsikan Wawa Shauqi ini dapat membantu bagaimana mengawal emosi anak-anak. Ada kalanya, si kecil tidak tahu bagaimana untuk melepaskan emosi dan hanya tangisan dan jeritan menjadi cara mudah. Apabila anak mula meragam, sebagai orang lebih dewasa, bertenang terlebih dahulu. Kemudian dekati di kecil dan tanya keadaannya dan ‘validate’ perasaannya ketika itu.

“SENANG JE RUPANYA NAK TENANGKAN ANAK.

Tadi, anak kedua saya menangis. Dia geram sebab dia nak mengaji dulu. Tapi kami bagi turn pada abang.

Dia ni kalau menangis marah, keluar sekali jerit. Perit telinga dengar.

Saya pergi kat dia, saya duduk depan dia. Bahu dia saya pegang. Ingat dia boleh bertenang. Tapi lagi dia tunjuk geram. Diketapnya gigi kuat-kuat.

“Aqlan tak sabar ke nak ngaji?” tanya saya.

Aqlan mengangguk.

“Mama bangga tau Aqlan excited nak mengaji.”

Terus dia sambung menangis kat peha saya. Seminit lepas tu reda.

Saya ambil kesempatan dia tengah bertenang untuk explain,

“Sian Ammar tadi, dia belajar banyak sangat. Kita bagi dia mengaji dulu. Aqlan excited mengaji macam ni pun mama bangga sangat.”

Anak saya tu buat tak tau. Tapi saya faham, dia dah boleh terima.

Ya Allah leganyaaa!

Satu kejayaan yang besar rasanya bila berjaya pujuk anak tanpa drama. Perasan tak apa yang saya buat?

Ya. Saya validate. VALIDATE tu menerima perasaan anak.

Kita ni kadang takut sangat nak terima perasaan anak. Takut anak tu pijak kepala.

Walhal, perasaan tu fitrah.

Memanglah marah, kecewa, sedih tu perasaan negatif. Tapi bukan bermakna kita kena paksa anak hentikan. Tapi bantu mereka aturkan emosi tu pakai otak logik.

Ini kadang kita yang tak guna otak logik bila nak atur perasaan anak. Kita lebih cenderung guna emosi. Ironi sangat. Suruh anak kawal emosi, tapi kita sendiri tak boleh kawal emosi.😅

Bagus sangat bila kita VALIDATE PERASAAN ANAK. Kesannya :

1️⃣ Anak rasa diterima. Berbanding rasa diketepikan. Rasa diterima inilah kunci utama buat anak lebih tenang.

2️⃣ Mereka ‘jumpa’ perkataan yang sesuai untuk ekspresikan perasaan. Jadi lepas ni, kalau marah, mereka guna perkataan. Berbanding mengamuk tak tentu pasal.

3️⃣ Mereka belajar berempati dengan orang lain. Sebab kita tunjukkan empati terhadap mereka.

4️⃣ Mereka belajar rupanya ada cara yang lebih baik untuk kawal emosi.

5️⃣ Mereka rasa lebih selamat bila dengan kita. Jadi apa-apa jadi, mereka akan cari kita sebagai tempat mengadu.

Yang ini penting. Sebab ramai dari remaja yang asalnya rasa tak diterima, kemudiannya mencari orang luar sebagai tempat mengadu.

.

Kenapalah saya lambat dapat tau teknik ni. Waktu abang dia dulu, kalau dia menangis, saya buat keras suruh abang berhenti nangis.

Iyelah, kadang kita tak duduk tempat anak, kita rasa benda yang mereka tangiskan tu kecik je.

Tapi bila kita paksa anak tu berhenti menangis, lagi menjadi-jadi ngamuknya. Kadang, saya pun ikut menangis sekali sebab tak tau nak hentikan tangis anak.

Jadi, kalau kalian malas nak layan drama amuk anak, guna teknik validate ni. Yang paling penting, kita ni. Kena tenang dulu.

Dah tenang, baru senang nak connect dengan emosi anak.

Dalam buku saya di muka surat 115 saya ada share 5 langkah validate ni.

Ini saya share antara situasi yang mungkin kita alami. Dan macam mana ayat untuk validate perasaan anak.

Untuk mak ayah, sangat bagus ajar anak regulate dan channel emosi dengan baik dari kecil lagi.

Jom dapatkan buku Urus Emosi di https://nuhakids.onpay.my/order/form/BONDING_FEELINGS/20

#notaparentingwawa”

Kredit : Wawa Shauqi