Resipi nasi minyak seri mahligai ini memang sedap dan menyelerakan. Sesuai disajikan untuk seisi keluarga. Jom lihat bahan dan cara penyediaan. 

BAHAN-BAHAN
1 kg beras basmati
750 ml air
250 ml susu cair
1 labu bawang besar | hiris halus
2 ulas bawang merah | hiris
4 cm halia | hiris halus
5 helai daun pandan
3 sudu besar minyak sapi
Sedikit kismis hitam
Sedikit garam
Sedikit bawang goreng

BAHAN TUMIS
4 cm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang

CARA MENYEDIAKAN:
1.Beras basmati direndam selama 10 minit, bersihkan dan tuskan airnya. Ketepikan. Cairkan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis dengan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
2.Tuangkan air, masukkan susu cair, daun pandan dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan beras dan tanak seperti biasa.
3.Apabila beras hampir kering, taburkan bawang goreng dan tanak sehingga kering. Setelah 10 minit, buka tutup periuk dan gembur-gemburkan nasi.
4.Taburkan kismis, dan biarkan tanak seketika untuk beberapa minit. Angkat dan hidangkan.

Resipi: Roseline Ahmad Anuar

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makan sedap di Salak Tinggi, Sepang #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie #foodiemy #portmakansedap #fyp ♬ suara asli – 🎧Suke Dhana🎧

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram